Berita Hari Ini

Kelemahan sistem PBS perlu ditangani

pbsKUALA LUMPUR – Kurang sistematik dalam pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu ditangani sebagai prasyarat untuk menyelesaikan isu itu.

Pengerusi Biro Pendidikan Gerakan pusat Lau Chin Hoon berkata terdapat beberapa isu berkaitan PBS yang perlu diselesaikan seperti sama ada sumber pelaksanaan dan pemantauan mencukupi.

“Walaupun menangguhkan sistem PBS adalah langkah betul, memansuhkannya bukan langkah baik kerana kita perlu menangani kelemahan dalam sistem itu yang menyebabkan ketidakstabilan dalam PBS,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Lau berkata setiap masalah perlu ditangani di peringkat puncanya sebelum lainnya dan jika tidak diatasi, pelaksanaannya di masa depan “pasti akan bermasalah kerana kitaran itu akan terus berulang”.

Sementara itu, Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) dalam kenyataan semalam menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan menangguhkan sistem PBS.

PAGE berharap kementerian kini faham bahawa mereka perlu mendapatkan pandangan pihak berkepentingan terutama ibu bapa dan guru sebelum melaksanakan sebarang perubahan dasar.

Kelmarin, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kementerian Pendidikan tidak akan memansuhkan sistem PBS.

Beliau berkata pengumuman mengenai pelaksanaan bentuk baharu sistem PBS akan diumumkan 1 April. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");