Jenayah

Jasad wanita terdampar

jasad terdampar

Shah Alam: Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, dekat sini, semalam.

Mayat ditemui orang awam yang kebetulan melalui laluan berkenaan kira-kira jam 2 petang sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan itu melalui panggilan kecemasan 999 sebelum sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan polis akan menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengenal pasti usia serta punca sebenar kematian wanita berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada badan mangsa dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga supaya membuat laporan di balai berhampiran bagi memudahkan proses pengecaman.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");