Berita Hari Ini

Mungkinkah tempoyak ke White House?

tempoyak ke white house

BANGI – “Mungkinkah tempoyak bakal ke White House?” itu antara lontaran cabaran Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali kepada belia bersempena dengan Persidangan Kepimpinan Belia Malaysia, hari ini.

Jelasnya adalah tidak mustahil perkara itu berlaku sekiranya anak muda Malaysia hari ini mampu mengaplikasikan segala ilmu kreatif dan inovatif  yang mereka ada untuk digunakan bagi merealisasikan perkara tersebut.

“Tatkala Presiden Amerika Syarikat (AS) ingin makan tengah hari, siapa tahu beliau mintak tempoyak.

“Kerana ini tidak mustahil berlaku kerana, ketika saya di Boston AS, saya lihat dodol dari Melaka laris terjual di sana. Ianya tersusun begitu cantik dalam bilik kaca.

“Oleh itu, belia perlu kreatif mungkin tempoyak boleh dijadikan sebagai jem untuk pemasaran antarabangsa.

“Justeru  itu bagi saya adalah tidak mustahil sekiranya tempoyak berjaya menakluki White House satu hari nanti sekiranya anak muda kita sekarang berusaha gigih untuk merealisasikan perkara tersebut. Cuma mereka perlu berfikiran globalisasi dan hebat,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Transformasi Ekonomi Dalam Konteks Keusahawaan Belia Berdaya Saing, di kampus UKM, hari ini.

Di samping itu, Azlan turut menambah, Jepun berjaya menjadikan sesuatu yang mustahil pada masa dahulu untuk dilaksanakan namun kini ianya telah berjaya dilakukan sehingga berjaya membuka mata dunia.

“Dulu mana orang terfikir untuk menjadikan buah tembikai dalam bentuk empat segi dan dalam bentuk ‘love’ namun lihat kini, mereka berjaya lakukan.

“Hinggakan buah tembikai mereka bukan sahaja dijadikan hidangan namun telah berjaya dijadikan sebagai bahan komersial contohnya sebagai hadiah hari jadi dan sebagainya.

“Oleh itu, gunalah segala kepakaran dan ilmu yang kita ada untuk ‘mencipta sesuatu’, kerana Jepun telah lakukan, kenapa pula kita tidak boleh?” katanya.

Persidangan Kepimpinan Belia Malaysia ini anjuran bersama UKM dan Yayasan Pendidikan Cheras.

Turut terlibat dalam persidangan ini ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pensyarah Sains Politik UKM, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");