Perak Hari Ini

Pembinaan Dewan Sidang Yang Baru Masih Dalam Penelitian: Devamany

PERAKTODAY6

“Unsur-unsur pembangunan tidak seharusnya dikritik”.

Begitu tegas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk S K Devamany mengenai tindakan Nga Kor Ming  yang mempertikaikan mengenai cadangan pembinaan dewan Persidangan (DUN) baru yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

Katanya, ini kerana idea mengenai pembinaan dewan khusus untuk sidang Dewan Undangan negeri (DUN) masih lagi di peringkat perbincangan.

“Tanah seluas dua hektar berhampiran SUK dicadangkan sebagai lokasi pembinaan dewan DUN yang baru untuk memberi kemudahan kepada semua,” katanya.

Jelasnya lagi, dewan tersebut dapat memberi elemen pendidikan dan pengajaran kepada rakyat tentang demokrasi apabila ia dibuka kepada orang ramai kelak.

“Dewan itu kelak boleh dijadikan salah satu lokasi pendidikan yang bukan sahaja mendedahkan tentang sistem perundangan kepada generasi muda,” katanya.

Menjawab mengenai persoalan pembinaan bangunan tersebut yang menelan kos sebanyak RM60 juta itu, jelas Devamany, segalanya masih dalam perbincangan.

“Belum diputuskan apa-apa lagi dan semuanya atas  budi bicara yang Dipertua untuk meluluskannya manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri juga akan menyelidik cadangan ini dengan membuat lakaran serta kertas cadangan berkaitan,” jelasnya.

Tambanya, perbincangan berkenaan cadangan pembinaan dewan tersebut juga turut disertai pihak pembangkang.

Katanya lagi, cadangan itu juga adalah untuk menjadikan bangunan tersebut lebih mesra rakyat apabila menghimpunkan kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan pihak Kerajaan.

Sementara itu juga, beliau turut mengulas mengenai penerimaan surat palsu yang dihantar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan yang masih lagi dalam siasatan polis.

“Semuanya dalam siasatan kerana pelbagai spekulasi yang timbul dan sudah pasti terdapat muslihat di sebaliknya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");