Isu Panas

Haramkan parti lucah ini – Jamawi

gambar lucahPoster parti lucah yang akan diadakan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada 11 April ini:-

Siapa yang merancang bukan perkara pokok tetapi pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut buka mata dan melarang parti lucah ini daripada diteruskan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, pihaknya telah pun membuat bantahan berhubung parti lucah yang akan diadakan pada 11 April ini di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

“Ini sangat melampau dan jelas akan membawa kerosakan kepada remaja dan sesiapa sahaja yang datang ke parti itu.

“Kami membantah keras dan meminta DBKL, Jawi dan Jakim bertindak segera untuk menghalang parti ini berlangsung,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi tadi.

Jelas Jamawi, Pemuda UMNO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membenarkan parti lucah ini diadakan.

“Saya rasa parti ini bukanlah pertama kali diadakan dan mendapat sambutan hangat daripada golongan muda.

“Mungkin selama ini pihak berkuasa terlepas pandang atau penganjur merasakan parti seperti itu dibolehkan tetapi kali ini, kami akan pastikan ia dibatalkan dan tidak akan berulang lagi,” katanya.

Tambahnya, parti seumpama itu adalah budaya negara barat dan hanya akan merosakkan akhlak golongan muda.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");