Sukan Hari Ini

‘Abaikan kata orang’

badminton 2

Kuala Lumpur: “Peduli apa orang nak kata sebab mereka tak tahu apa yang berlaku dalam pasukan.”

Demikian luahan pemain perseorangan negara Liew Daren (gambar) yang tidak mahu ambil pusing dengan kritikan dilemparkan terhadapnya selepas dilantik kapten skuad negara ke Piala Thomas di New Delhi, India.

Jelas Daren, dia bukannya meminta untuk mendapatkan jawatan itu, sebaliknya tugas kapten diserahkan kepadanya selepas rakan sepasukannya sendiri bersetuju melantiknya.

Tegas pemain perseorangan ketiga itu, dia tetap tenang di sebalik isu itu yang turut mengheret nama pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei yang sudah menjelaskan mahu memberikan peluang kepada pemain lain memikul tugas berkenaan.

“Saya tak pernah terfikir terpaksa memikul tanggungjawab ini. Rakan dalam pasukan yang membuat pilihan dan saya harus lakukan yang terbaik untuk membantu mereka.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");