Jenayah

Pasar Seremban retak

psar seremban

SEREMBAN – Peniaga di Pasar Seremban di sini, bimbang apabila kesan-kesan retak mula kelihatan di bahagian atas bangunan dua tingkat berkenaan.

Salah seorang penjaja baju, Song Ah Lie, 59, berkata, kejadian disedari sewaktu dia sedang berniaga sebelum tiba-tiba ternampak banyak kesan serpihan simen jatuh dari bumbung atas, kira-kira 9 pagi semalam.

“Sebaik saja saya nampak ada benda jatuh, saya berlari ke arah itu dan melihat bahawa terdapat banyak serpihan simen mula jatuh dari bahagian bumbung atas.

“Mujur pada ketika itu tiada orang yang lalu-lalang di laluan berkenaan. Jika tidak, pasti ada yang cedera,” katanya.

Menurutnya, kejadian seperti itu pernah berlaku lima tahun lalu sehingga menyebakan seorang wanita cedera terkena serpihan batu simen yang jatuh dari atas bumbung.

Katanya, oleh kerana kejadian sama berulang kembali, dan dia berharap agar pihak berkaitan dapat memantau keadaan yang berlaku.

“Memang kita lihat perkara ini seperti tidak serius, namun ia perlu dicegah dari awal bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

“Pihak pengurusan bangunan ini juga telah maklum dengan kejadian terbabit dan kita berharap agar ada tindakan segera dilakukan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");