Sukan Hari Ini

Hodgson sukar terima kekalahan

Hodgson (kanan) kelihatan kecewa kerana England gagal memenangi perlawanan sulung mereka ketika berdepan Itali, awal pagi, semalam:-

PENGENDALI England, Roy Hodgson mengakui sukar menerima kekalahan pasukannya kepada Itali, meskipun skuad muda The Three Lions telah mempamerkan aksi memberangsangkan dalam perlawanan Kumpulan D awal pagi, semalam.

Itali menang 2-1 dalam aksi sulung mereka, hasil tandukan yang disempurnakan Mario Balotelli pada minit ke-50.

“Sukar untuk melihat perkara yang positif daripada perlawanan ini apabila anda mengalami kekalahan.

“Walaupun kami menunjukkan persembahan baik, terutama dengan membariskan sebahagian besar pemain muda, ia tetap sesuatu yang sukar untuk diterima,” kata Hodgson.

Bagaimanapun, Hodgson tetap positif bagi mengharungi baki perlawanan selepas ini.

“Ada ramai pemain yang boleh membawa pasukan ini mara ke peringkat seterusnya,” ujar Hodgson.

Sementara itu, kapten England, Steven Gerrard pula menganggap tuah tidak memihak kepada mereka untuk meraih kemenangan pertama.

“Kami memiliki banyak peluang, tetapi kami tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana kami telah memberikan segalanya,” katanya.

Selepas ini, England berdepan Uruguay pada Jumaat dan wajib menang untuk menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati.

Juara 1966 itu, akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang Costa Rica, 25 Jun ini.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");