Membawang Hari Ini

Hyper Act nafi besar kepala

hyper act

HYPER ACT bakal memulakan konsert jelajah ke tujuh destinasi di Malaysia pada Oktober depan.

SELEPAS memenangi tempat kedua pada Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) baru-baru ini, ada desas-desus yang mengatakan kumpulan Hyper Act telah mula besar kepala.

Kumpulan yang terdiri daripada Ronnie, Toi, Beby, Intan, Akur dan Wak Labib ini juga dikatakan sombong setelah nama mereka mula dikenali menerusi lagu Harapan dan Hanya Aku.

Ketika berpeluang bertemu dengan Hyper Act selepas majlis pelancaran album pertama mereka, Impian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini, Ronnie yang mewakili kumpulan itu menyangkal dakwaan tersebut.

Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussein, 34, berkata, perkara ini mungkin terjadi akibat salah faham dan kekeliruan yang berlaku di sebelah pihak. Selain itu, Ronnie turut menyatakan, kumpulan Hyper Act tidak pernah berubah dan masih lagi seperti dulu.

Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan Hyper Act.

Kosmo!: Benarkah khabar angin mengatakan kumpulan Hyper Act mula berubah sikap setelah mula dikenali ramai?

RONNIE: Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Kami masih sama seperti Hyper Act yang dulu. Kami tidak pernah berbangga diri dan masih senang bekerja dengan sesiapa pun.

Apakah komen anda mengenai dakwaan ahli kumpulan Hyper Act mula menunjukkan sikap sombong dan sering mengikut haluan sendiri.

Sejujurnya, tuduhan itu tidak benar sama sekali. Kami berenam masih lagi dalam satu kumpulan dan masing-masing faham dengan perjalanan setiap ahli kumpulan. Setakat ini, segala-galanya masih dalam keadaan baik dan kami tidak pernah terfikir untuk membawa haluan sendiri.

Bagaimanakah pula dengan hubungan sesama ahli kumpulan?

Sudah menjadi adat, pertelingkahan dalam sesuatu kumpulan itu pasti wujud. Namun, sebagai seorang profesional, kami sering mengamalkan sikap tolenrasi dan bertolak-ansur antara satu dengan lain.

Boleh cerita sedikit mengenai album pertama anda?

Album berjudul Impian ini mengandungi lapan buah lagu. Kami memuatkan semua single yang telah ke udara ke dalam album ini di samping beberapa buah lagu baharu. Antaranya, Impian dan Ku Ikat Setia.

RONNIE (tengah) mewakili Hyper Act menjawab segala tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap kumpulan itu.

Mengapakah anda mengambil keputusan untuk memuatkan lagu-lagu lama ke dalam album ini?

Lagu-lagu tersebut telah mendapat tempat di hati pendengar. Apabila tiba masa yang sesuai, lagu-lagu dikumpulkan semula dan dimasukkan ke dalam sebuah album.

Nama Hyper Act mula dikenali dengan single Hanya Aku. Adakah sukar untuk menghasilkan lagu yang mempunyai impak yang sama dengan lagu tersebut?

Pada mulanya kami tidak menjangkakan bahawa lagu itu diterima ramai. Justeru, untuk penghasilan lagu seterusnya, kami akan mengikut selera dan cita rasa pendengar agar karya yang dihasilkan dapat diterima ramai.

Semua lagu yang terkandung dalam album ini dicipta sendiri oleh Hyper Act. Adakah anda tidak mahu menyanyikan lagu yang dihasilkan oleh komposer lain?

Buat masa ini, lagu-lagu yang dihasilkan adalah karya kumpulan Hyper Act. Namun, pada masa akan datang, kami tidak menolak jika diberi peluang untuk bekerjasama dengan artis-artis yang lain. Antaranya ialah Datuk M. Nasir dan Ella.

Selain album, apakah perkembangan terbaharu Hyper Act?

Pada bulan Oktober depan, kami akan memulakan siri konsert jelajah Impian ke tujuh destinasi di Semenanjung. Antaranya ialah Sungai Petani (Kedah), Ipoh (Perak), Melaka dan Kuala Lumpur. Pengumuman tentang konsert itu akan dilakukan dalam masa yang terdekat ini

-kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");