Berita Hari Ini

Johor kaji penyeragaman cuti mingguan awam dan swasta

Kerajaan negeri Johor akan membuat kajian tentang kesesuaian perlaksanaan penyeragaman cuti mingguan di antara sektor awam dan sektor swasta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri sedar tentang kebimbangan tentang kurangnya masa bersama keluarga akibat ketidakseragaman cuti mingguan di antara sektor awam dan swasta.

“Kajian itu akan melihat kepada kesesuaian perlaksanaannya di sektor-sektor swasta seperti perindustrian, perbankan dan kewangan selain faktor keluarga dan sosial serta membandingkan pemakaiannya dengan negeri-negeri lain yang telah lama mempraktikkannya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan,” katanyan semalam.

Pengumuman beliau itu menyusuli titah Sultan Johor baru-baru ini yang mengubah cuti hujung minggu bagi kakitangan awam di negeri ini kepada Jumaat bagi menghormati hari kebesaran umat Islam itu serta memberi peluang mereka menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun keputusan mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat itu menimbulkan masalah kepada sektor swasta berikutan tempoh berurusan dengan sektor swasta yang semakin singkat.

Mereka yang bekerja di sektor swasta yang cuti mingguan mereka pada Ahad juga mengadu ketidakseragaman cuti itu menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak-anak.

Ini kerana anak-anak mereka bercuti pada Jumaat, sedangkan mereka bercuti pada Ahad.

Menteri Besar berkata, niat murni Sultan Johor apabila beliau mengumumkan penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat adalah supaya keluarga dapat menyerapkan ciri-ciri keagamaan kepada keluarga terutamanya mereka yang masyarakat Islam.

Sementara itu masyarakat di Johor memberi reaksi balas terhadap kenyataan Mohamed Khaled itu ada yang menyokong supaya Jumaat dikekalkan sebagai cuti mingguan, manakala ada yang mahukan ia diseragamkan dengan sektor swasta.

Menerusi laman Facebook, Supandi Safee berkata, masyarakat Islam perlu menyokong Jumaat sebagai cuti hujung minggu keranan kepentingan hari itu kepada masyarakat Islam.

Ragu Arunasalam pula berkata, cuti Jumaat dan Sabtu sememangnya tiada masalah jika ia diseragamkan di seluruh negara dan tidak hanya empat negeri yang mempraktikkannya.

Ketidakseragaman itu menimbulkan masalah kepada mereka yang mempunyai keluarga di negeri-negeri lain yang mempraktikkan cuti mingguan pada Ahad, katanya.

– MALAYSIAGAZETTE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");