Berita Hari Ini

Kereta dicat dengan warna bendera Brazil

SEORANG peminat yang memakai jersi skuad bola sepak Brazil berada di tepi keretanya di sebuah stesen minyak di Manus kelmarin:-

RIO DE JANEIRO, Brazil – Beberapa buah kereta dicat dengan warna bendera negara ini yang bertanding pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014.

Sebuah kereta Volkswagen Beetle yang dikenali dengan nama tempatan sebagai fusca turut dicat dengan warna kuning dan hijau di kawasan perumahan Praca 14 de Janeiro, Manus kelmarin.

Warna itu terdapat pada bendera Brazil.

Sebuah lagi kereta turut dicat dengan warna bendera Brazil itu dapat dilihat di sebuah stesen minyak di Manus kelmarin.

Seorang peminat turut memakai jersi bola sepak skuad Brazil semasa dia menaiki kereta tersebut.

Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 berlangsung di 12 bandar raya Brazil bermula semalam dan berakhir pada 13 Julai depan.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");