Jenayah

Rumah tinggal terbakar kejutkan penduduk

rumah tinggal terbakar

SEREMBAN – Sebuah rumah papan di Kampung Ulu Temiang, di sini musnah akibat kebakaran, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira 3.50 pagi itu turut mengejutkan penduduk di kawasan berhampiran yangt bimbang perkara lebih buruk berlaku berikutan lokasi rumah tinggal berkenaan berada di bawah pencawang elektrik.

Difahamkan, rumah berkenaan sebelum ini disewa oleh satu keluarga, namun telah lama ditinggalkan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Jefri Uzus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.55 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Dua jentera membabitkan 14 pegawai dan anggota sampai ke lokasi kejadian 10 minit kemudian. Sebaik kami sampai, api sudah marak berikutan keadaan struktur rumah yang diperbuat daripada papan.

“Kita mengambil masa lebih 30 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ketika kejadian itu, rumah terbabit tidak berpenghuni.

“Punca kebakaran masih belum dapat dikenalpasti dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");