Jenayah

Tercampak sebelum digilis

tercampak sbelum diglis

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas tercampak sejauh kira-kira 30 meter dari motosikal ditunggangnya sebelum digilis sebuah kenderaan lain di Kilometer 266.5 Lebuhraya Utara – Selatan, arah utara, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.10 malam itu, mangsa, Lai Han Khun, 41, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah.

Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan ke arah utara.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kecemasan.

‘Kejadian itu telah mengakibatkan mangsa tercampak ke lorong kanan jalan dan meninggal dunia,” katanya.

Siasatan pihaknya turut mendapati sebuah kenderaan lain merempuh mayat mangsa yang terbaring di atas jalan sebelum bertindak melarikan diri.

“Polis masih mengesan kenderaan yang merempuh mangsa dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");