Berita Hari Ini

TPM pengerusi mesyuarat Exco Pelajaran Negeri

tpm msyuarat

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Exco Pelajaran Negeri bagi memberi penerangan dan membincangkan isu berhubung pendidikan.

Mesyuarat selama tiga jam bermula 9.30 pagi itu turut disertai Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Mesyuarat kali keenam itu juga merupakan platform terbaik buat Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan memperincikan setiap inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan kementerian dalam sektor berkenaan.

Selain itu, mesyuarat juga memberi ruang kepada semua exco untuk membangkitkan perkara berkaitan hal-hal pendidikan di negeri masing-masing. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");