Jenayah

‘Port’ simpan senjata

simpan senjata

KUALA LUMPUR – Parang dan gergaji antara yang ditemui ketika serbuan ke atas premis perjudian di Danau Kota, lewat malam kelmarin.

Senjata berkenaan ditemui di bahagian kaunter sebuah premis judi siber yang telah ditinggalkan kosong tanpa penjaga dan pelanggan, dipercayai ada hubung kait dengan kegiatan gengsterisme.

Dalam masa sama, serbuan ke atas sebuah premis judi  membongkar aktiviti sama yang dijalankan di dua tingkat atas bangunan itu.

Premis dilengkapi kamera CCTV itu dipercayai menggunakan laluan belakang yang turut dihubungkan dengan sebuah restoran bersebelahan.

Salah satu premis di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu  turut dijadikan kediaman warga asing apabila terdapat tujuh bilik di dalamnya termasuk sebuah bilik dipercayai tempat kawalan CCTV.

Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) itu dilaksanakan Task Force Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pelbagai agensi.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Adnan Md Ikshan, berkata, menerusi Ops Bah, sebanyak 30 premis jalankan aktiviti haram termasuk dijadikan pusat judi dan urut, disita.

Ia hasil pemeriksaan ke atas premis-premis di empat lokasi termasuk Sri Rampai, Rampai Niaga, Danau Kota, dan Bandar Tasik Permaisuri.

“Tumpuan diberikan terhadap premis yang dijadikan pusat perjudian dan hasilnya, sebanyak tiga muatan lori barang dirampas termasuk 96 komputer, 13 televisyen dan satu mesin judi.

“Walaupun kesemua premis sudah kosong dipercayai melarikan diri, kita anggap ia positif yang mana mereka bersedia untuk hentikan operasi dan beralih kepada operasi perniagaan lain yang dibenarkan,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan awal pagi, semalam.

Tambah Mohd Adnan, kesemua premis yang disita turut dikenakan tindakan potong bekalan air dan elektrik termasuk talian internet dan telefon untuk mengekang kegiatan operasi semula premis.

Ops dengan kekuatan 493 anggota itu disertai pelbagai agensi termasuk DBKL, jabatan imigresen, PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan SKMM.

Dalam operasi sama, Mohd Adnan berkata, seramai 21 warga asing turut ditahan oleh jabatan imigresen atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri, salah guna pas lawatan dan tinggal lebih masa.

“Tiga pasangan juga didapati bersekedudukan dan kes diambil oleh Jawi, manakala terdapat enam lain didapati positif dadah,” katanya.

Orang ramai disaran salur maklumat kepada pihak task force ditalian 038889762 atau email [email protected].

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");