Berita Hari Ini

Jawatan dekan: UM nafi ada campur tangan politik

um

SHAH ALAM – Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan kontrak bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial tidak disambung kerana campur tangan politik.

Dalam satu kenyataan semalam, UM berkata, kontrak Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman tidak dilanjutkan berikutan keputusan pemilihan yang dibuat secara telus.

“Bertentangan dengan laporan media, keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Mohammad Redzuan itu adalah berdasarkan proses pemilihan yang demokratik dan telus.

“Pemilihan tersebut telah dijalankan selaras dengan Perlembagaan UM 2010,” lapor kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, Perlembagaan menyatakan bahawa Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan atau Pengarah daripada tiga calon yang disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.

Menurut kenyataan itu lagi, pemilihan telah diadakan di antara 10 dan 12 Jun dan sesi temu bual telah diadakan dengan tiga calon antara 17 dan 20 Jun lalu.

Mohammad Redzuan merupakan salah seorang daripada tiga calon yang disenarai pendek. Calon lain yang tersenarai termasuk Profesor Dr Md Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh KPM atas ‘campur tangan politik’.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Dalam perkembangan berkaitan, UM menyatakan, selepas mengadakan perbincangan yang panjang, pihak pengurusan memutuskan untuk melantik Md Sidin sebagai dekan baharu untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");