Sukan Hari Ini

Perancis, Jerman Mara Ke Suku Akhir

Pemain-pemain Perancis meraikan kejayaan mara ke suku akhir:-

PERANCIS mara ke suku akhir selepas menewaskan Nigeria 2-0 pada aksi kalah mati Piala Dunia di Stadium National Brasilia, awal pagi Selasa.

Permainan babak pertama menyaksikan tanpa sebarang gol biarpun Nigeria membuka jaringan pada minit ke-20, namun dibatalkan kerana Emmanuel Emenike berada dalam posisi off-side.

Pada separuh masa kedua,Paul Pogba berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-79 melalui tandukan tepat ke gawang.

Manakala jaringan kedua melalui gol sendiri Joseph Yobo pada minit terakhir permainan.

Sementara itu, satu lagi aksi perlawanan kalah mati menyaksikan Jerman menumpaskan Algeria 2-1.

Kedua-dua pasukan gagal mencatat sebarang jaringan pada masa sebenar permainan sehingga memaksa beraksi ke masa tambahan.

Andre Schurrle meletakkan Jerman di depan dengan jaringan pertama permainan pada minit ke-93.

Mesut Ozil berjaya menambah satu lagi jaringan buat Jerman pada minit terakhir masa tambahan minit ke-120 sekaligus mengukuhkan kedudukan mara ke suku akhir.

Namun Algeria tidak berputus asa cuba menggunakan masa-masa terakhir mencari gol melalui tendangan kencang Djabou pada minit ke-121.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");