Jenayah

Polis Thailand kesan kereta curi

kereta curi

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kenderaan dari Malaysia dipercayai hasil curi berjaya dikesan polis Thailand.

Kesemua kereta jenis BMW,  Honda Accord, Mercedes-Benz, Toyota Camry, Mini Cooper, Toyota Estima, Honda Civic dan Toyota Harrier diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 5 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua kenderaan itu sebelum ini telah diserahkan oleh pihak Foreign Affairs Division (FAD) Royal Thai Police kepada wakil kedutaan besar Malaysia di Bangkok pada 3 Julai lalu.

“Kita percaya kenderaan ini diseludup masuk ke negara jiran melalui jalan darat bagi mengaburi mata pihak berkuasa Malaysia dan Thailand.

“Kenderaan ini akan diserahkan kepada pegawai penyiasat berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Sementara itu, dalam kes berlainan, polis berjaya menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai ‘jockey’ kepada sindiket mengambil dan menghantar kenderaan curi.

Beliau berkata, suspek ditahan dalam Ops Lejang pada 3 Julai lalu yang dijalankan di sebuah gudang di Taman Klang Jaya, Klang yang dijadikan sebagai tempat pengumpulan kenderaan curi.

Katanya lagi, kumpulan ini akan mengumpulkan kenderaan curi sebelum dimasukkan ke dalam kontena dan diseludup ke luar negara.

“Pemeriksaan lanjut di gudang berkenaan berjaya menemui empat kenderaan mewah iaitu dua Toyota Vellfire dan dua Toyota Fortuner yang dilaporkan hilang di Brickfields, Shah Alam, Kuantan dan Ampang.

Dipercayai kenderaan ini sedang menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam kontena sebelum diseludup keluar.

“Selain itu, kita turut menemui sebuah kontena kosong yang akan digunakan untuk mengisi kenderaan curi,” katanya.

Menurut Mohmad lagi, dengan penangkapan ini, pihaknya percaya dapat mematahkan satu sindiket curi kenderaan melibatkan empat kes bernilai kira-kira RM1 juta.

“Selain itu, siasatan terhadap suspek mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");