Sukan Hari Ini

Usah masuk jerat China

Kuala Lumpur: Tumpuan acara beregu lelaki Sukan Asia 2014 Incheon pasti terarah kepada pasangan tuan rumah yang menguasai Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen, namun pemain negara, Tan Wee Kiong mengakui wakil China juga tidak boleh dipandang mudah.

Wee Kiong yang kembali bergandingan dengan Goh V Shem di Incheon nanti mengakui sekarang ini tahap permainan beregu China biasa saja.

“Tapi kita tidak boleh pandang rendah kemampuan mereka, sudah pasti mereka akan bangkit dan capai sesuatu terutama dengan kehadiran pasangan veteran Cai Yun-Fu Haifeng,” katanya yang memenangi emas bersama V Shem di Sukan Komanwel 2014 Glasgow bulan lalu.

Wee Kiong kembali bergandingan dengan V Shem apabila di Copenhagen dia berpasangan bersama Hoon Thien How.

Bagaimanapun, Wee Kiong tidak begitu risau mengenai kebangkitan dan kehebatan beregu tuan rumah yang muncul juara dan naib juara di Copenhagen baru-baru ini.

“Saya rasa mereka terlalu awal untuk berada di puncak prestasi, dalam beregu semua pemain sama saja tahap kekuatan.

“Kalau kuat pun, sedikit saja kerana semuanya nanti akan bergantung pada aksi sebenar di atas gelanggang dan keadaan pemain ketika itu,” katanya.

Ko Sung-Hyun-Shin Baek-cheol muncul juara dunia se lepas menumpaskan pasangan senegara, Lee Yong-Dae-Yoo Yeon-seong.

Ini penampilan kedua Wee Kiong di Sukan Asia kerana empat tahun lalu di Guangzhou dia bergandingan bersama Mark Hee Chun dan kalah di pusingan awal kepada Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun.

“Pada 2010 saya ada perasaan takut dan memang lain, berbanding sekarang yang mana saya sudah mempunyai pengalaman serta sudah membiasakan diri di kejohanan besar.

“Saya harap kami bermula dengan baik, jika gagal tidak boleh berasa terlalu kecewa kerana ini peringkat awal saya mula bergandingan dengan V Shem sebagai pasangan tetap,” katanya.

Empat tahun lalu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong me menangi perak selepas tumpas kepada gandingan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");