Jenayah

4 minit godam ATM

Melaka: Dua kumpulan penjenayah dipercayai didalangi lelaki warga Amerika Latin hanya mengambil masa empat hingga 10 minit untuk menggodam dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum mengeluarkan wang berjumlah RM355,570, Sabtu lalu.

Menurut sumber, kejadian membabitkan ATM masing-masing milik sebuah bank tempatan dan bank asing di Melaka Raya, di sini, berlaku kira-kira jam 2.20 pagi dan 3.20 pagi.

“Dalam kejadian di bank tempatan itu, tiga suspek dipercayai melakukan pengeluaran wang RM122,800 antara jam 2.20 pagi hingga 2.30 pagi.

“Manakala dalam kejadian di bank asing itu, dua suspek menggodam ATM berkenaan antara jam 3.16 hingga 3.20 pagi sebelum melakukan pengeluaran jam 7.40 pagi hari sama membabitkan nilai RM232,770,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes membabitkan dua bank berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, kedua-dua laporan berhubung kejadian itu dibuat pihak bank di Balai Polis Bandar Hilir.

“Kejadian disedari pihak bank ketika melakukan pemeriksaan selepas terdapat beberapa kes godam ATM sebelum ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");