Membawang Hari Ini

Firman buat konsert mini

Selepas seminggu dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2014, Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir, 25, pulang ke negeri kelahirannya, Sabah dengan mengadakan beberapa persembahan bagi memberi penghargaan kepada peminat dan penyokongnya ketika di dalam AF 2014, Sabtu dan Ahad lalu.

Sabtu lalu, ribuan peminat menantinya dalam persembahan sempena perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kota Kinabalu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keesokannya, Firman turut mengadakan Lintaskustik yang dibawakan stesen radio Era FM Kota Kinabalu di lima lokasi berbeza sekitar bandar raya berkenaan.

Firman ketika ditemui berkata, dia gembira apabila negeri kelahirannya diberi penghormatan menjadi lokasi pertama dia mengadakan persembahan sebaik tamat AF.

“Tanpa sokongan semua peminat dan penyokong saya, sudah pasti saya tidak akan mencapai kejayaan seperti sekarang. Sebab itu, saya memilih Sabah sebagai lokasi pertama untuk bertemu semua peminat sebagai tanda penghargaan dan terima kasih buat mereka,”katanya.

Menurut Firman, walaupun bergelar juara, dia tetap Firman yang dulu dan akan terus belajar bagi memantapkan persembahan dan vokalnya.

Firman berkata, dia tetap memberi masa antara kerjaya, keluarga dan rakan berikutan jadual yang padat untuk bertemu peminat selain mengadakan persembahan.

Dalam pada itu, Firman akan pulang ke kampung halamannya di Tawau pada 3 Disember ini untuk mengadakan kenduri kesyukuran bersama keluarganya.

Katanya, peluang itu digunakan sebaiknya untuk membalas jasa keluarga yang banyak membantunya.

Pada masa sama, Firman juga mengadakan konsert mini di rumahnya dalam masa terdekat ini.

Rela dikritik

Firman turut berjanji akan mengekalkan imejnya seperti sekarang selain berusaha untuk membuat persembahan terbaik di setiap lokasi yang dikunjungi sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Katanya, muzik rock yang diminati akan terus kekal dalam dirinya selain akan memperbaiki kekurangan yang ada terutama dari segi vokal.

“Sebagai orang baru dalam nyanyian, saya sedia menerima teguran daripada siapa saja meskipun teguran itu bersifat negatif.

“Bagi saya, setiap teguran itu amat bermakna agar ia dapat memberi keyakinan kepada saya untuk pergi lebih jauh selepas ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");