Berita Hari Ini

Hari Lelaki dan Hari Tandas

Pasti tidak ramai mengetahui hari ini adalah Hari Lelaki dan juga Hari Tandas Sedunia. Gen Y kongsi pandangan berbeza daripada remaja mengenai kedua-dua sambutan ini.

HARI LELAKI SEDUNIA

Apabila ditanya apa menariknya dilahirkan sebagai lelaki, pelbagai sebab diberikan. Ada yang bercakap perihal kekuatan tubuh, tanggungjawab dan tidak terkecuali yang membanding­kannya dengan perempuan.

Hari ini, 19 November diang­kat sebagai Hari Lelaki Sedunia bagi memperingati segala jasa, pengorbanan dan peranan lelaki dalam kehidupan seharian. Dirasmikan pada 1999 di Trinidad & Tobago, acara ini mendapat sokongan menyeluruh daripada pelbagai individu, badan bukan berkepentingan mahupun kerajaan di Australia, Carribean, Amerika Utara, Asia, Eropah dan Afrika.

Sejak itu, Hari Lelaki Sedunia disambut di lebih 60 negara setiap tahun dengan aktiviti dan acara diraikan bersama.

Objektifnya untuk memberi fokus kepada kesihatan lelaki sama ada dalam kala­ngan kanak-kanak, remaja atau dewasa selain memberikan hak kesaksamaan dan menjadikan mereka sebagai ‘role model’ positif.

Bagi menandakan rasa hormat kepada golongan lelaki, Gen Y memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pendapat tersendiri mengenai menariknya dilahirkan sebagai lelaki.

HARI TANDAS SEDUNIA

Mungkin ada yang kurang setuju menetapkan Hari Tandas Sedunia sama tarikh dengan Hari Lelaki Sedunia. Bagaimanapun, dari sudut positif tandas juga memainkan peranan penting dalam kehidupan. Kebersihan tandas mampu mempengaruhi emosi sesiapa saja.

Dilancarkan pada 19 ­November 2001, Hari Tandas disambut di lebih 19 negara dengan pelbagai acara dan aktiviti berkaitan ­kebersihan tandas dan penggunaan yang betul.

Tujuannya untuk memberi kesedaran me­ngenai lebih 2.6 bilion manusia yang masih belum menikmati kemudahan tandas yang bersih dan teratur.

Hari Tandas Sedunia juga menekankan kepentingan sanitasi yang bersih dan kesan besar terhadap psikologi, kesihatan dan emosi akibat pengurusan sanitasi yang tidak betul. Justeru, jagalah tandas di rumah dan di tempat awam sebaik-baiknya.

-hmetro-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");