Isu Panas

Rakan Sebenar Umno’ platform alternatif

KUALA LUMPUR – Unit Perundangan Umno atau ‘Rakan Sebenar Umno’ bakal menjadi platform alternatif kepada majoriti senyap pengamal undang-undang di dalam negara ini untuk mengeluarkan pendapat mereka.

Koordinatornya, Datuk Razali Ibrahim berkata kumpulan itu yang ditubuhkan dua minggu lepas di bawah Biro Perundangan dan Perlembagaan Umno bertujuan mengimbangi pendirian yang dibuat oleh Majlis Peguam.

Razali yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata hakikatnya hanya 3,000 daripada 15,000 anggota Majlis Peguam hadir pada hampir setiap pemilihan majlis itu yang menggambarkan jumlah sokongan yang diterimanya.

“Saya fikir untuk dihormati oleh orang lain kami perlu menunjukkan pertamanya kami memiliki amalan yang terbaik tetapi malangnya gambaran pada hari ini mereka seolah-olah mempunyai sokongan majoriti anggota.

Mereka menggambarkan bahawa mereka adalah sempurna tetapi selalu memandang rendah kepada sistem di dalam negara.

Ini mengakibatkan orang awam keliru. Jadi, apa yang saya cuba lakukan di sini ialah memperbetulkan satu daripada pandangan yang silap itu, ” katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan kumpulan itu di sini malam tadi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kumpulan berkenaan yang terbuka keanggotaannya kepada semua pengamal dan pelajar undang-undang menyasarkan keanggotaan sebanyak 5,000 orang dalam masa terdekat.

Razali berkata kumpulan itu akan menganjurkan program umpama karnival pada tahun hadapan termasuk pameran, dialog akademik dan ceramah.

-Sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");