Perak Hari Ini

Empat NGO di Perak Buat Laporan Polis Berkaitan Isu Hina Islam

IPOH: Sebanyak empat Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini berhubung satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ahli Majlis Peguam dan juga anggota gerakan COMANGO, Andrew Khoo yang didakwa menghina agama Islam.

Laporan tersebut dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak, Suara Anak Muda 1Malaysia, Suara Anak Perak dan Kelab Anak-Anak Muda Kinta Perak.

Menurut Exco Wira Perkasa Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, kenyataan yang telah dibuat oleh individu terbabit ternyata menyentuh sensitiviti beragamadi negara ini.

” Pada 7 Disember yang lalu, beliau telah mengadakan forum perbincangan Meja Bulat dengan tajuk kontroversi, “Is Islam A Religion Of Peace?” dan menyatakan bahawa agama Islam ini perlu direformasikan dan ditafsir semula.

“Kenyataan tersebut benar-benar menyinggung perasaan umat Islam dan boleh menyetuskan suasana tidak aman di negara kita ini,” katanya.

Jelasnya, tindakan yang sewajarnya pelu diambil bagi memastikan kejadian tersebut tidak mengganggu gugat keharmonian di negara ini.

“Oleh itu kami mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap beliau yang cuba untuk mencetuskan keadaan yang tidak aman ini,” ujarnya dalam sidang media selepas membuat laporan polis hari ini.

Turut membuat laporan, Exco Suara Anak Muda 1Malaysia, Abdul Salim Putra Ahmad Shibi

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Perak Nor Afzainizam Salleh mendesak agar pihak yang berwajib menyiasat individu tersebut iaitu Andre Khoo supaya tindakan segera dapat diambil.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak yang bertanggungjawab tolong pantau mengenai gerakan solusi anti perlembagaan persekutuan sebegini yang secara terang-terangan kurang ajar terhadap apa sepatutnya dipatuhi oleh kita sebagai rakyat Malaysia.

“Hal ini perlu dipandang serius berikutan ia akan menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat khususnya mereka yang tidak begitu arif berkenaan agama Islam,” tambahnya.

Terdahulu, satu laman blog ‘Bangkit’ telah mengeluarkan satu artikel yang bertajuk ‘Biadap! Andrew Khoo Mahu Islam Ditafsirkan Semula dan Direformasikan’ dimana ia dianggap menghina agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini.

Andrew Khoo dalam kenyataannya telah mempersoalkan berkenaan mereformasikan agama Islam serta mengkaji semula Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Berikut adalah petikan kenyataan yang dibuatnya yang telah dipaparkan dalam laman sesawang ‘Bangkit’.

“I hope it’s not going to take that long for Islam to go through a reformation. Certainly, we would like , or I would like, as a neighbour, I would like to see reformation within Islam and I know it is happening here. There are people who are out there, scholars and thinkers, who are suggesting, you know, that it (Islam) should be reinterpreted.

“How can Islam recover (as a) religion of peace? Well I think the reformation is very important, the split between Church and State, must, I think also occur between Mosque and state,”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");