Berita Hari Ini

Usah henti kongsi kepakaran

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pesara Kementerian Pendidikan terus menyumbang kepakaran dan pengalaman masing-masing melalui saluran bersesuaian, antaranya melalui badan bukan kerajaan (NGO) dalam negara bagi membantu kerajaan membangunkan negara.

Timbalan Perdana Menteri menarik perhatian pendidikan adalah satu bidang yang amat dipandang tinggi masyarakat, justeru pandangan dan saranan daripada golongan itu, apatah lagi pesara yang telah lama berkhidmat amat dialu-alukan.

“Apa lagi antara kita ini, ada lagi yang masih segar, pada usia 60 tahun, anda masih muda, saya sudah berumur 67 tahun dan masih sihat dan cergas.

“Sebab itu pengalaman yang kita ada ini sangat berharga dalam konteks memberikan pandangan, nasihat dan tunjuk ajar yang mana hanya boleh diberikan mereka yang sudah lama dan mempunyai pengalaman,” katanya pada Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Pendidikan di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut menyarankan pesara berkenaan menawarkan diri sebagai sukarelawan di bawah jawatankuasa berkaitan dan majlis penasihat di bawah kementerian.

“Kalau mereka ada minat…kita harap mereka akan terus berhubung dengan kita sebagai sukarela dan sudah tentunya kita akan menyambut baik usaha mereka ini,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");