Perak Hari Ini

PeKA Perlu Giat Usaha Sediakan Peluang Pekerjaan di Perak

IPOH :Kerajaan Negeri Perak menggesa supaya Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) mempergiatkan lagi usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, usaha tersebut perlu diwar-warkan supaya masyarakat setempat mengetahui berkenaan hal itu.

“Hari ini kita melihat bahawa PeKA merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan sebagai tempat untuk individu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan.

“Kita telah berjaya mencapai misi yang kita inginkan cuma kita tidak mewar-warkannya secara lebih khusus.

“Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah meminta agar pihak PeKA menyebarkan maklumat ini kepada rakyat khususnya negeri Perak bahawa kerajaan telah pun melaksanakan tanggungjawab untuk memberikan pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam rangka lawatan kerjanya ke bangunan PeKA di Terminal Amanjaya dekat Meru petang tadi.

Jelasnya, beberapa langkah perlu diambil demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak PeKA itu sendiri.

“Setakat ini kita boleh menempatkan sebanyak 20,000 pekerjaan khususnya di negeri ini.

“Memandangkan sasaran kita pada tahun ini adalah untuk mendapatkan 50,000 peluang pekerjaan dimana kita melihat bahawa gerak kerja dan pelan tindakan pada ketika ini menjurus kepada matlamat penubuhan PeKA itu sendiri.

“PeKA hari ini mempunyai satu pelan strategi, namun perlu ada cadangan untuk mewujudkan satu pasukan dan unit yang diketuai oleh Institut Darul Ridzuan untuk merancang pelan strategi pada masa hadapan.

“Ia perlu dilakukan supaya PeKA mamapu berkembang dan memenuhi kehendak semasa,” tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa negeri telah mencontohi serta melaksanakan program yang sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri melalui PeKA tersebut.

“PeKA pada masa ini juga telah dicontohi oleh negeri lain, sudah pasti tindakan kita menyediakan peluang pekerjaan telah pun diketahui serta menjadi perhatian.

“Maka dengan kewujudan unit pemikir untuk pelan strategi amat diperlukan supaya kerja kita lebih menjurus kepada keadaan semasa,” ujar Samsudin lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri menyahut cabaran bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang dibayar dengan kadar yang tinggi.

“Perak menyahut cabaran dimana peluang-peluang pekerjaan di Perak ini menawarkan gaji yang tinggi dimana kita akan menyediakan latihan bertaraf tinggi bersesuaian dengan jawatan dan gaji lumayan yang ditawatkan

“Ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kos sara hidup di negeri ini supaya mereka boleh hidup dalam keadaan selesa,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");