Sukan Hari Ini

Kilang ‘bakat’

Melaka: Pasukan bola sepak Politeknik Kota Bharu (PKB) akan terus melahirkan pemain pelapis berbakat buat skuad negeri dan negara pada masa depan.

Jurulatih PKB Sazami Shafii berkata, antara pemain yang pernah dibentuk pasukan itu termasuk Afif Amiruddin (Malaysia), Farisham Ismail (Kelantan), Yoga Munusamy (Perak), Abdul Latif Suhaimi (FELDA), Judana Eh Put (Johor DT II), Mohd Fauzan Dzulkifli (PKNS) dan Mohd Afham Zulkepli (UiTM FC).

Katanya, Program Pelan Pembangunan Sukan Bola Sepak Politeknik Malaysia yang diadakan di PKB sejak 2010 jelas menjadi pemangkin kepada pembentukan pemain berkualiti.

“Skuad ini juga muncul juara Grand Final Piala Poly 2014 selepas menewaskan Politeknik Melaka 2-0 di pentas final baru-baru ini.
“Sebelum itu skuad ini turut muncul juara Zon Timur selepas menewaskan Politeknik Pahang untuk layak beraksi di Grand Final,” katanya.

Baginya, kejayaan itu menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan lebih mantap untuk mempertahankan kejuaraan selain merangka strategi terbaik untuk berjaya di pentas liga Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Pada saingan liga IPT Divisyen Satu musim lalu, PKB berjaya meraih kedudukan tempat ketiga liga manakala pada saingan Grand Final skuad kami menduduki tangga ketiga selepas menewaskan MMU 4-3.

“Apa yang penting program akhirnya membuahkan hasil sekali gus membulat tekad untuk lebih berjaya dalam saingan sepanjang 2015,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");