Sukan Hari Ini

Nicol kempunan rangkul kejuaraan

RATU skuasy Malaysia, Datuk Nicol David kempunan untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini selepas tumpas kepada pemain Mesir, Raneem El Welily mesir pada pentas akhir Terbuka Windy City, semalam.

Turun sebagai pilihan pertama dan memburu kejuaraan sulung di Amerika Syarikat itu, Nicol bagaimanapun menerima padah atas kekerapan melakukan kesilapan sendiri sebelum tumpas 14/16, 12-10, 11-7, 11-7 kepada pilihan kedua, Raneem.

Ini kali kedua bagi kedua-dua pemain bersaing di peringkat akhir selepas Terbuka Cleveland Classic pada 3 Februari lalu yang menjadi medan Nicol memenangi kejohanan pertama bagi 2015.

Menerusi laman sesawang skuasy, www.squashsite.co.uk, pemain nombor satu dunia itu berkata, beliau menerima kekalahan ini dengan hati terbuka.

Sementara itu, Raneem pula gembira dengan kemenangan itu dan menganggap Nicol bukan lawan yang mudah.

“Saya berasa begitu gembira dengan kemenangan ini. Ia bukan kejohanan yang mudah bagi saya, dan pujian harus diberi kepada Nicol.

“Dia bermain sangat baik tetapi saya berbangga dapat meneruskan dan menamatkan perlawanan ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");