Laporan Eksklusif

Sekolah Berprestasi Tinggi Lahir Pelajar Berketrampilan :Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan amat menitik beratkan dalam memberikan pendidikan terbaik bagi golongan pelajar di seluruh negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia dapat dilihat melalui pendekatan yang telah dirancang dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

“Sekolah Berprestasi Tinggi adalah antara inisiatif GTP yang sedang membuahkan hasil dimana pada 2014, sebanyak 13 sekolah lagi dikenal pasti sebagai SBT.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 128 buah yang diharapkan, SBT ini akan terus melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan dan menyerlah dalam semua aspek,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah menyediakan bantuan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat diberikan kepada seluruh golongan pelajar di negara ini

“Lebih RM100 juta sebagai bantuan yuran kepada hampir 130,000 pelajar prasekolah di institusi swasta dan dari golongan isi rumah berpendapatan rendah.

“Selain itu, bantuan dalam bentuk yuran sekolah berjumlah hampir RM7.5 juta diberikan kepada lebih 3,000 kanak-kanak yang ditempatkan di pusat penjagaan kanak-kanak swasta,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2014 Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, SBT sememangnya telah membuka peluang kepada pelajar yang mempunyai bakat dan kemahiran.

Ujarnya, ia dapat dilihat melalui salah seorang pelajar yang bernama Nor Izzati Sabrina dari Ipoh, Perak yang bercita-cita menjadi seorang peguam.

“Kemasukan beliau ke Sekolah Berprestasi Tinggi atau SBT di Sekolah Kebangsaan Marian Convent Ipoh, telah membantu meningkatkan kemahiran beliau berkomunikasi dan bersosial.

“Sememangnya, SBT telah membuka peluang kepada pelajar berbakat seperti adik Nor Izzati, untuk mengasah kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dan antaranya, mewakili sekolah beliau dalam pertandingan choral speaking,” jelas beliau.

Oleh itu, tambahnya, Kerajaan berhasrat melahirkan lebih ramai pelajar yang sebegitu dan beliau mengucapkan syabas serta selamat maju jaya kepada adik Izzati di atas usaha gigihnya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");