Jenayah

Dua saudara maut di lokasi nahas

JOHOR BAHRU – Dua saudara maut selepas kenderaan yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 112.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Yong Peng, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kedua-dua mangsa dikenali Mohammad Nawawi Zulkifli, 22, dan Nurul Jannal Osman, 28 tahun.

Din berkata, kejadian berlaku kira-kira 9 pagi apabila Mohammad Nawawi yang memandu dari arah Pagoh menuju ke Yong Peng gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang sebuah lori yang bergerak perlahan di lorong sama.

Akibat rempuhan, Mohammad Nawawi dan saudara perempuannya itu mati di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan pula, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua mangsa telah dihantar Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk dibedah siasat, katanya.

Menurut Din, hasil siasatan awal mendapati kenderaan tidak mengalami masalah kerosakan brek dan cuaca dilaporkan baik semasa kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");