Sukan Hari Ini

Lahir atlet memanah berkualiti

PENGERUSI Program Kelab Memanah Alpha Brothers (Abac), Ahmad Othman percaya program 1Keluarga 1Pemanah yang bakal diterapkan dalam masyarakat mampu melahirkan atlet memanah berkualiti tinggi pada masa depan.

Menurutnya, program ini diharap dapat memberikan harapan baharu terutamanya kepada golongan remaja dan belia untuk menjadi seorang pemanah terbilang.

“Matlamat kita adalah melihat sukan negara terus gemilang menerusi memanah. Saya yakin sukan ini mampu diperkembangkan dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, ia mampu menerapkan sunnah Nabi Muhammad SAW kerana kebanyakan yang meminati sukan ini adalah masyarakat Islam,” katanya selepas acara yang dirasmikan Adun Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei.

Turut hadir Presiden Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Mohamad Yazid Yahya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");