Panasnya Hari Ini

Pemimpin PR Masih Tamak- Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kemelut yang melanda parti gabungan Pakatan Rakyat sebagai permainan politik yang kembali mengatasi tumpuan terhadap perjuangan kebajikan dan demi kesejahteraan rakyat.

Memetik sumber daripada laman Freemalaysiatoday hari ini, bekas menteri besar Selangor itu, melepaskan jawatannya demi faedah rakyat, namun malangnya tindakan itu masih tidak mampu meredakan sikap tamak dan sombong ahli politik yang mendakwa memperjuangkan nasib rakyat dan keadilan.

“Kesudahannya, peletakan jawatan saya ternyata sia-sia sahaja apabila kepercayaan rakyat disalah guna dengan sewenang-wenangnya.

“Ketika saya menjadi Menteri Besar dahulu, saya dan pasukan saya menghabiskan banyak masa untuk cuba menenangkan kumpulan ahli politik ini, hingga mengorbankan hak serta kepentingan rakyat,” katanya dalam laporan tersebut.

Mengulas kenyataan PR sudah terkubur dilontarkan oleh pihak DAP, ujarnya senario tersebut berlaku disebabkan sikap ketaksuban para pemimpin negeri itu terhadap politik hingga mengakibatkan berlaku perpecahan dalam parti itu sendiri.

Tambahnya lagi, sikap tersebut juga menyebabkan segelintir daripada pemimpin itu turut membelakangkan banyak isu penting mengenai kepentingan rakyat.

Tambahnya lagi, pemimpin PR yang gemar menggelar diri mereka sebagai pejuang rakyat, perlulah mengamalkan kepimpinan melalui teladan serta melayan rakan, sekutu, penyokong dan pihak yang bersimpati dengan mereka dengan penuh rasa hormat dan bermaruah.

“Melakukan campur tangan terhadap isu dalaman sesebuah parti tidak seharusnya dijadikan suatu norma dalam mana-mana gabungan, lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat.

“Tamak, tidak peka dan tidak bermaruah kesemuanya merupakan perencah yang melahirkan perasaan curiga secara mendalam, tidak boleh bekerja sama dan akhirnya membawa perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

“Perkara paling menyedihkan ialah akhirnya, rakyatlah yang menanggung kerugian paling besar,” katanya.

Abdul Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar ketika tercetusnya krisis kepimpinan di Selangor tahun lepas dan digantikan oleh Mohamed Azmin Ali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");