Sukan Hari Ini

Piala Dunia Wanita: Perancis, England, Colombia mara

OTTAWA: Perancis dan England mara ke peringkat saingan 16 pasukan Piala Dunia Wanita dengan kemenangan ketika Colombia menempah tempat mereka sebagai pasukan di kedudukan ketiga terbaik.

Pasukan ketiga terbaik dunia, Perancis bangkit daripada kekalahan mengejutkan kepada Colombia dengan membelasah Mexico 5-0 di Ottawa untuk berakhir di tempat teratas Kumpulan F dengan enam mata.

England, juga dengan enam mata tetapi di belakang Perancis dalam perbezaan gol, menewaskan Colombia 2-1 di Montreal dan mara sebagai pasukan di tempat kedua kumpulan itu.

Pasukan ke-28 Amerika Selatan itu juga mara melepasi saingan peringkat kumpulan untuk pertama kali dengan empat mata daripada tiga perlawanan ketika pasukan di kedudukan ke-15, Mexico pulang dengan hanya satu mata.

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");