Perak Hari Ini

Sistem Warna Mampu Bantu Tingkat Kemajuan UPSR, SPM di Perak

IPOH: Satu sistem yang diberi nama Sistem Warna (EWS-Early Warning System) telah diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian sekolah dan murid di negeri Perak terutamanya dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusof berkata, ia merupakan salah satu sistem yang dibangunkan untuk digunakan dalam melaksanakan Program Amanjaya Gemilang UPSR dan juga SPM G14 Perak Excellent Yayasan Perak.

Katanya, bagi tujuan tersebut, Yayasan Perak memberikan insentif berjumlah RM6,000 untuk digunakan sebagai penyewaan server sistem berkenaan kepada penciptanya, Dzulkifli Mohd Supin yang merupakan Pegawai SIP di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan.

“Jadi hari ini kita bersama untuk memberi pengiktirafan kepada kejayaan ciptaan saudara Dzulkifli yang mana kita akan memberikan sumbangan daripada Yayasan Perak kepada beliau kerana berjaya menghasilkan sistem yang sangat bermanfaat,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

PERAK TODAY 3

Beliau juga berharap agar sistem yang dihasilkan tersebut dapat digunapakai untuk keseluruhan negeri Perak.

“Kita berharap saudara Dzulkifli ini pada akhirnya dapat menjadi rakan strategi kepada Yayasan Perak di dalam kontek membangunkan sistem di Yayasan Perak,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Rozi Puteh Ismail, kewujudan sistem berkenaan mampu mengesan kemajuan murid bagi mencapai sasaran Perak Excellent.

“Dalam negeri Perak ini kita ada satu akademi yang diberi nama Perak Excellent yang mensasarkan untuk kecemerlang dalam beberapa bidang.

“Antaranya adalah akademik, kokurikulum dan juga imej jabatan itu sendiri termasuk sekolah serta PPD dan sebagainya,” katanya lagi.

PERAK TODAY 1

Jelasnya, kerjasama dengan Yayasan Perak dalam membangunkan Perak Excellent tersebut dilakukan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid yang cemerlang dalam UPSR iaitu memperolehi 5A ataupun 7A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan Cina.

Rozi berkata, Perak Excellent juga telah menetapkan sasaran di peringkat SPM iaitu mencapai keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dengan memperolehi A.

“Kita telah menetapkan 14 buah sekolah yang terpilih untuk kita sasarkan lebih daripada 600 orang pelajar,” kata beliau.

PERAK TODAY 5

Ujarnya, sistem tersebut dapat digunakan dalam memantau prestasi murid-murid untuk mencapai sasaran yang ditetapkan melalui Perak Execellent berdasarkan daripada warna.

“Perak Excellent ini boleh dipantau terutamanya dalam kemajuan akademik murid dengan menggunakan Sistem Warna yang mempunyai empat warna iaitu merah, kuning, hijau dan juga biru.

“Merah bermaksud prestasi murid berkenaan berada dalam keadaan kritikal yang memerlukan usaha yang lebih kuat, manakala kuning pula adalah tidak selamat, hijau (kurang selamat) serta biru pula adalah selamat,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");