Isu Panas, Panasnya Hari Ini

Lim Kit Siang Mohon Maaf Atas ‘Kematian’ Pakatan

KUALA LUMPUR: Penasihat Veteran DAP, Lim Kit Siang memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas terkuburnya Pakatan Rakyat.

Katanya, walaupun Pakatan sudah ‘mati’, namun parti tersebut akan tetap meneruskan perjuangan seperti yang telah dipersetujui dalam Dasar Bersama Pakatan.

“Dasar Bersama Pakatan akan terus hidup dan menjadi asas kepada perjuangan DAP untuk mencapai Malaysia baru sehingga tertubuh kerajaan baru di Putrajaya,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.com.

Beliau berkata demikian dalam ucap utamanya di majlis berbuka puasa di Shah Alam, malam tadi.

Terdahulu, Majlis Syura Ulama PAS secara rasminya menyokong usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat pada persidangan muktamar lalu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun, PAS tetap akan meneruskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kit Siang berkata, matlamat DAP adalah untuk mencapai matlamat Negara yang bersatu, inklusif, progresif dan adil.

Dalam ucapannya juga, Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menegaskan bahawa tiada mana-mana parti tunggal boleh memerintah Malaysia berdasarkan realiti politik di Negara ini.

Katanya lagi, semua pemimpin politik, termasuk dari Barisan Nasional, perlu bekerjasama untuk menyelamatkan Malaysia.

“Tidak adakah seorang ahli Parlimen dari Barisan Nasional atau UMNO yang tidak berasa kecewa dengan rasuah, salah guna kuasa, ketidakadilan sosioekonomi dan runtuhnya urus tadbir baik yang berleluasa ketika ini?

“Saya tidak fikir begitu,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");