Isu Panas, Panasnya Hari Ini

PAS, DAP Sah Putus Hubungan

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai status kerjasama PAS dan DAP akhirnya terjawab apabila Majlis Syura Ulama PAS secara rasminya menyokong usul Dewan Ulama PAS Pusat pada persidangan muktamar yang lalu untuk memutuskan hubungan dengan parti DAP.

Walaubagaimana pun, PAS tetap akan meneruskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PAS berasa sangat kesal dengan segala provokasi yang dilakukan secara berterusan oleh DAP terhadap parti itu.

“Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR), serta campur tangan dalam aqidah, dasar serta matlamat PAS.

“Oleh itu, hubungan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal,” katanya, memetik laporan Mstar.

Zawawi turut berkata, PAS sedia dan komited untuk meneruskan tahaluf siyasi bersama parti politik lain dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam.

“PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

“PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, PAS telah meluluskan usul tergempar yang dibawa oleh Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP berikutan beberapa kenyataan parti itu terhadap PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, dalam usul berkenaan turut menginginkan PAS kekal di dalam PR bersama PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");