Panasnya Hari Ini
Like

“Saya tidak akan abaikan tugas dalam parti” – Muhyiddin

July 29, 2015
42 Views
0 Comments
2 minutes read
“Saya tidak akan abaikan tugas dalam parti” – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan tugasnya selaku Timbalan Presiden UMNO.

Ujarnya, meskipun beliau tidak lagi menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.

“Walaupun saya tidak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, itu tugas dalam kerajaan, tetapi tugas parti tidak saya abaikan,.

“Bila saya perlu hadir, saya akan hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, menguruskan mesyuarat seperti biasa dan merasmikan bahagian kalau dijemput,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau perlu melaksanakan tugas-tugas beliau secara berkesan kerana ia telah diamanahkan oleh parti.

“Selama ini pun waktu saya jadi Timbalan Perdana Menteri, saya juga adalah Timbalan Presiden parti dan saya telah melaksanakan apa yang saya fikirkan terbaik untuk parti

“Baik nak mengukuhkan perpaduan dalam parti, orang Melayu dan rakyat Malaysia, melaksanakan segala dasar-dasar yang sepatutnya dibuat oleh parti dan juga kerajaan supaya rakyat akan terus menyokong kita ,” tegas beliau lagi.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas samaada kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno akan terjejas berikutan penggugurannya daripada kabinet.

Ujarnya, beliau tidak merasa terhalang dan bimbang untuk hadir ke mesyuarat yang diadakan oleh parti itu kerana beliau yakin bahawa ahli-ahli parti itu bersikap adil dan terbuka.

“Maknanya saya tidak rasa terhalang dan bimbang untuk hadir kerana saya fikir ahli-ahli parti yang duduk dalam Majlis Tertinggi adalah orang-orang yang sudah lama, berpengalaman dan tahu tanggungjawab,” kata beliau lagi.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan memikul tanggungjawab dalam parti dan melaksanakannya sebaik mungkin.

“Soal bahagian menjemput atau tidak menjemput, itu hak bahagian,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat

Leave a Reply