Panasnya Hari Ini

Undi Tidak Percaya Kepada Najib Sekadar Andaian

KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Usul menyifatkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang Parlimen akan datang hanya andaian semata-mata.

Memetik sumber laman freemalaysiatoday hari ini, beliau mengakui tidak tahu mengetahui mengenai perkara itu, dan menasihati rakyat supaya menunggu.

“Saya tidak tahu jika adanya usul itu (undi tidak percaya) akan dibentangkan di Parlimen. Kita harus tunggu.

“Tetapi, sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, saya akan ikut keputusan yang dibuat oleh Ketua Whip UMNO (Tan Sri Shahrir Samad) ” katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Damansara pada Rabu.

Muhyiddin juga turut mengesahkan beliau tidak akan bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara terbuka menyerang dan mengkritik Najib supaya meletak jawatan.

“Soal platform saya dengan Mahathir adalah tidak penting,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");