Sukan Hari Ini

V Shem tak tertekan, tekad fokus

Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem mengakui tidak tertekan walaupun sebelum ini ramai pihak kecewa dengan aksi mereka ketika di Sukan SEA 2015 Singapura termasuk Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

V Shem yang bergandingan bersama Tan Wee Kiong berkata, tidak ada guna jika terus berasa tertekan selepas dikritik kerana kegagalan mereka di pusingan awal temasya berkenaan, kerana dia sentiasa memberi aksi terbaik apabila masuk ke gelanggang.

“Selepas pulang ke tanah air, saya dan Wee Kiong meneruskan latihan seperti biasa. Kami mahu terus fokus untuk kejohanan akan datang iaitu Grand Prix (GP) Emas Terbuka Taiwan dan GP Terbuka Russia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, hanya aksi terbaik di dua kejohanan berkenaan mampu menutup mulut pengkritik dan dia berjanji akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi terutamanya di Russia.

V Shem-Wee Kiong sebelum ini diletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya berjaya melangkah ke perlawanan akhir Sukan SEA 2015 Singapura, namun mereka terkandas seawal pusingan pertama.

Pasangan utama negara itu tumpas di tangan pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-12, 10-21, 17-21.

“Ketika itu kami mungkin tidak bermain baik, tapi saya akui sudah berusaha sebaik mungkin bersama Wee Kiong.
Bagaimanapun, perkara itu sudah berlalu dan kami hanya akan memberi tumpuan untuk dua kejoha
nan terdekat (Terbuka Taiwan dan Russia),” katanya.

Sementara itu, Wee Kiong berkata, mereka memang meletakkan sasaran untuk beraksi cemerlang di setiap kejohanan yang disertai.

“Semua orang juga sedar prestasi kami semakin menurun, namun bagi saya kebanyakan pemain lawan mula memberi perhatian kepada kami, seterusnya mengkaji dan belajar corak permainan kami selama ini,” katanya.

Sebelum ini, Norza secara terbuka mengakui kecewa dengan prestasi V Shem-Wee Kiong di Singapura, tambahan pula beliau menjadi Chef-de-Mission untuk kontinjen negara di temasya berkenaan.

Gandingan V Shem-Wee Kiong mula menjadi perhatian tahun lalu apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia 2014 Incheon, malah mereka juga mengekalkan rekod bersih di Piala Thomas 2014 New Delhi untuk membantu Malaysia muncul naib juara.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");