Berita Hari Ini

Yayasan Amal SukaGuam Ditubuh Dengan Dana RM1 Juta

JOHOR BARU: Yayasan Amal Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam), dengan dana permulaan RM1 juta ditubuhkan untuk membantu golongan miskin, penghafaz Al-Quran serta orang ramai yang memerlukan khidmat guaman sivil dan syariah.

Dalam satu kenyataan di sini, SukaGuam berkata, yayasan yang berteraskan aktiviti kemasyarakatan ini khusus untuk membantu beberapa kelompok sasaran terutama golongan miskin dan pihak tidak berkemampuan.

Yayasan itu akan turut membantu pelajar-pelajar tahfiz sebagai menghargai kegigihan mereka memelihara ilmu berteraskan wahyu.

“Selain itu, ia akan meningkatkan bantuan perundangan kepada orang ramai melalui khidmat guaman sivil dan syariah menerusi peguam panel yang dilantik.

Buat masa ini, dana permulaan sebanyak RM1 juta sudah disediakan,” kata SukaGuam.

Sebagai permulaan, yayasan itu akan menumpukan perhatian kepada golongan sasaran di Kluang, Johor sebelum diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

“Beberapa pegawai penyelidik dan petugas operasi akan dilantik sekaligus bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan matlamat penubuhan Yayasan Amal SukaGuam ini akan dapat disempurnakan dengan sebaiknya,” kata pertubuhan itu.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");