Sukan Hari Ini

Malaysia mara ke suku akhir Skuasy Remaja Dunia 2015

KUALA LUMPUR: Skuad remaja perempuan negara menempah tempat pada suku akhir kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 di Eindhoven, Belanda.

Malaysia, pilihan kelima terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum mengejutkan pilihan keempat, Hong Kong 2-1 pada perlawanan ketiga Kumpulan D yang diadakan di Squashtime Centre, awal Ahad.

Anak didik Andrew Cross yang muncul sebagai juara Kumpulan D akan berentap dalam perlawanan suku akhir menentang naib johan Kumpulan C, New Zealand, lewat Isnin.

Malaysia akan mengakhiri saingan kumpulan menentang tuan rumah Belanda pada Ahad. Dalam perlawanan menentang Hong Kong, Malaysia ketinggalan 0-1 selepas pemain utama remaja negara, S Sivasangari kalah 14-16, 9-11, 13-11 dan 9-11 ke atas Choi Uen Shan.

Andrea Lee Jia Qi bagaimanapun menyamakan kedudukan seri untuk Malaysia selepas mengalahkan Ka Wing Ho; 12-10, 11-8, 9-11 dan 11-8 dalam perlawanan kedua sebelum Zoe Foo Yuk Han meraih mata kemenangan selepas menewaskan Hiu Lam Lui; 11-9, 11-7 dan 11-5 dalam perlawanan penentuan.

Mengenai kemenangan itu, Cross memuji anak buahnya namun menyedari ancaman daripada New Zealand apabila kedua-duanya bertemu di peringkat suku akhir.

“Mereka semua bermain dengan baik tetapi kita belum menang apa-apa lagi, kini kita perlu bersedia untuk (perlawanan) suku akhir, ” katanya seperti yang dipetik dalam kejohanan laman web kejohanan; www.wsfworldjuniors.com.

Di sebalik kekalahan itu, Hong Kong yang juga juara 2005, muncul sebagai naib juara Kumpulan D di belakang Malaysia dan menghadapi satu tugas yang bukan mudah ke atas pemenang kumpulan C, England yang juga juara lima kali dalam perlawanan suku akhir, lewat Isnin. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");