Perak Hari Ini

Jeti Marina Di Pulau Mentagor, Perlu Dibangunkan Semula-DS Zambry

PANGKOR: Kerajaan Negeri mengharapkan agar projek marina yang menelan kos sebanyak RM27 juta di Pulau Mentagor, di sini dapat digunakan memandangkan projek berkenaan telah siap sejak hampir 10 tahun lalu, masih belum digunakan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau telah beberapa kali berbincang dengan pihak berkaitan berkenaan projek tersebut namun masih tidak mendapat sebarang maklumbalas.

Tambahnya lagi, NCRA kini dipertanggungjawabkan untuk membantu bagi menyelesaikan perkara tersebut dan sekiranya terdapat perancangan, NCRA perlu memaklumkannya kepada kerajaan negeri.

PERAK TODAY 3

Tambahnya, kerajaan negeri turut mengemukakan beberapa kertas kerja untuk mendapatkan kawasan berkenaan untuk dibangunkan semula.

“Kita telahpun mengemukakannya untuk pihak kerajaan negeri mendapatkan kawasan yang berkenaan dan kita akan bangunkan. Kita akan laksanakan dengan idea-idea yang baru.

“Bangunannya sudah ada dan marinanya juga sudah siap. tapi sebahagian besar marinanya, jeti-jeti terapung sudahpun rosak dan hilang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Taklimat Jabatan Kerajaan Berhubung Pembangunan Projek Pulau Pangkor hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sudah berkali-kali mengemukakan kertas cadangan untuk mengendalikan marina yang telah siap dibina itu.

PERAK TODAY 5

“Malangnya kami tidak mendapat maklumbalas daripada pihak-pihak yang terlibat dan sering diberikan pelbagai alasan. Kami sudah menunggu lama untuk perkara ini.

“Projek itu dibina untuk kegunaan orang awam dan juga pelayar dari seluruh dunia yang datang ke Pulau Pangkor.

“Apabila mereka datang ke sini, kerajaan telah menyediakan satu tempat untuk mereka membaikpulih kapal layar mereka dan sebagainya. Itu idea ketika ianya dibina,”katanya.

Meskipun projek tersebut merupakann projek milik kerajaan persekutuan, Zambry mengharapkan pihak-pihak berkaitan dapat duduk bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk membincangkan tentang perkara tersebut.

“Kerajaan negeri akan menjaga jeti marina tersebut jika ianya diserahkan kepada kerajaan negeri,”tegasnya.

PERAK TODAY 13

Dalam sidang medianya juga, Zambry turut memberi peringatan kepada semua kontraktor yang terlibat dalam projek pembangunan di negeri ini, khususnya di Pulau Pangkor bahawa kerajaan negeri sama sekali tidak akan bertolak ansur sekiranya ada kontraktor yang didapati tidak mempunyai kemampuan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan.

“Saya telahpun meminta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai contoh, dan juga agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek-projek ini, meninjau dengan dekat pelaksanaan projek-projek itu.

PERAK TODAY 6

“Sekiranya kita mendapati mereka tidak melaksanakan projek ini dengan baik, maka kita tidak teragak-agak untuk memberhentikan mereka,”tegasnya.

Terdahulu pada sebelah pagi, Zambry telah melancarkan Koperasi Kariah Kampung Masjid Pangkor Berhad di Arena Sekolah Kebangsaan Pangkor.

Beliau kemudiannya ke Dewan Teluk Kechil, di sini bagi menyampaikan sumbangan makanan yang disumbangkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");