Perak Hari Ini

Liga Perak Amanjaya 2015 : Platform Cungkil Bakat Tempatan

IPOH: Edisi kedua Liga Perak Amanjaya dijadualkan berlangsung bermula pada 22 September depan hingga 7 November 2015  turut menjadi platform untuk mencungkil bakat tempatan bagi mewakili Pasukan Pelapis Negeri Perak seperti penganjuran Piala Belia (Bawah 19) dan Piala Presiden (Bawah 21).

Dalam satu sidang media hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, menyatakan  bahawa liga ini bakal memberi peluang kepada pemain-pemain yang berpotensi terutamanya di kawasan luar bandar dalam usaha mengetengahkan bakat ke peringkat lebih tinggi.

Tambah beliau, kerajaan negeri Perak berbesar hati dengan respon dari rakyat Perak apabila edisi pertama liga ini diperkenalkan dan berharap edisi kali ini memberi impak yang lebih besar untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Terdapat 24 buah pasukan yang mewakili setiap kawasan Parlimen di Negeri Perak hasil kerjasama Kelab Sukan Rekreasi dan Komuniti (SRCC) Parlimen masing-masing dimana pasukan-pasukan ini dibahagikan  kepada lapan kumpulan dengan tiga pasukan setiap kumpulan.

Edisi pertama liga ini telah dimenangi oleh pasukan dari Lumut diikuti Sungai Siput (naib juara), Bagan Serai (Ketiga) dan Tanjung Malim (keempat).

Untuk edisi kali kedua ini, juara bakal membawa pulang Perisai YAB Menteri Besar Perak beserta wang tunai berjumlah RM20 000 dan naib juara bakal menerima RM10 000 manakala semi finalis (dua pasukan) akan menerima RM5 000 setiap pasukan.

PERAKTODAY2

Turut berlangsung sumbangan daripada para penaja  iaitu national Aerospace and Defence Industries (RM50 000), MB Inc (RM50 000), Great Colour Group (RM50 000), Mariwasa (penaja Perisai YAB Menteri Besar Perak,piala dan pingat) dan Mysport (penaja jersi LPA2015).

Buat kali pertama liga ini diperkenalkan, 15 orang pemain yang beraksi dalam liga tersebut terpilih bagi mewakili Pasukan Pelapis Negeri Perak seperti Piala Belia dan Piala Presiden dan pemain terbaik perlawanan akhir LPA2014, R. Yuvaraj (penjaga gol) dari lumut antara yang diserap masuk ke pasukan Piala Presiden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");