Sukan Hari Ini

Loew puas aksi Jerman

PENGENDALI Jerman, Joachim Loew mengakui berpuas hati dengan kemenangan diraih pasukannya pada perlawanan menentang Poland di Commerzbank-Arena, Frankfurt, awal pagi semalam.

Menurutnya, perkara paling penting buat mereka adalah mengutip tiga mata penuh dalam Kumpulan D.

Dalam saingan itu, Die Mannschaft menang 3-1 hasil jaringan Thomas Mueller dan Mario Goetze (dua gol) manakala lawan membalas menerusi Robert Lewandowski.

Kemenangan itu juga dianggap balas dendam apabila Jerman tewas kepada lawan sama, 0-2 pada pusingan pertama di Warsaw.

“Tahun lalu, kami tidak bermula baik dan kalah dalam sesi kelayakan. Jadi, kami harus memenangi pertandingan ini di laman sendiri.

“Oleh itu, kami cuma punyai satu misi iaitu menang. Itulah hal yang paling penting,” kata Loew.

Tambahnya, corak pemain Jerman mula tersusun dan fokus pasukan kepada permainan atas padang cukup baik.

Jerman kini menghuni tangga terats kumpulan dengan 16 mata hasil lima menang dan satu seri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");