Perak Hari Ini

Rabies: Sedia Berbincang Dengan NGO – DS Shabery

IPOH: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) berhubung kaedah yang digunakan bagi menangani wabak rabies (anjing gila) yang menular dalam negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia susulan beliau memahami keresahan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak termasuk daripada NGO tentang kaedah mengasingkan anjing-anjing yang tidak bertuan.

“Secara umumnya saya bersedia untuk bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil NGO berkenaan kerana saya pegang kepada prinsip kerajaan yang baik adalah kerajaan yang sedia mendengar pandangan dan pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39, Pertubuhan Peladang Negeri Perak, di sini, hari ini.

PERAK TODAY 2

Turut hadir sama, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Shabery juga turut menyatakan kesediaannya untuk menjadi orang tengah dalam mengaturkan pertemuan antara pihak NGO berkenaan dengan pihak veterinar bagi berkongsi pandangan secara profesional.

“Mungkin dikalangan mereka juga ada golongan profesional yang boleh memberikan pandangan berdasarkan kepada ‘best practices’ ataupun amalan-amalan terbaik di negara-negara yang lebih maju.

“Misalnya dulu apabila kita sebut anjing-anjing yang tidak bertuan ini perlu dimusnahkan, yang dahulunya bermaksud tembak, tetapi sekarang ini ada amalan yang lebih baik iaitu diasingkan dan diberikan suntikan… Ianya disebut ditidurkan. Sekiranya ada cara lain yang diamalkan dalam dunia sekarang, saya sedia untuk mendengar pandangan tersebut,” tegasnya lagi.

Sementara itu, beliau turut berkata bahawa pihaknya telah memesan sebanyak 50,000 vaksin untuk digunakan terhadap haiwan berkenaan di negara ini.

“Pada masa ini kita telah meminta dan memesan vaksin daripada Pusat Vaksin Rabies Dunia yang berpangkalan di Paris untuk menghantar 50,000 lagi vaksin dan saya anggarkan ia mencukupi untuk jumlah anjing dalam negara ini,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");