Berita Hari Ini

10 gerabak baharu Januari tahun depan

KANGAR – Perkhidmatan Keretapi Eletrik (ETS) dan KTM Intercity, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan ditambah dengan 10 gerabak baharu pada Januari tahun depan.

Menurut Pengurus Kanan (Pemasaran & Perhubungan Pelanggan dan KTM Intercity)Mohd Noordin Kimi gerabak baharu itu yang ditempah dari China dijangka sampai sebelum akhir tahun ini.

“Selain memberi imej perkhidmatan ETS, gerabak-gerabak baharu ini adalah untuk menampung pertambahan penumpang,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas pelancaran pakej pelancongan ‘Dekat Je Bersama ETS’ dan taklimat ‘Perlis Dekat Je bersama Media dan Penggiat Industri Pelancongan’ oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab di sini, hari ini.

Mohd Noordin berkata KTMB juga telah menukar nama ‘Express Langkawi’ kepada Expres Semenanjung yang memberi perkhidmatan Johor Bahru-Hatyai mulai 1 Oktober lepas.

Selain itu KTMB menyediakan perkhidmatan tambahan Kuala Lumpur-Padang Besar, Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Padang Besar, katanya.

“Semasa membuat promosi di Pulau Batam dan Indonesia, kami mendapati ramai orang yang pernah bercuti di Hatyai tidak mengetahui mengenai perkhidmatan Expres Semenanjung atau Intercity. Malah ramai juga tidak mengenali Langkawi.

KTMB akan berusaha menarik minat mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan kerjasama Tourism Malaysia,” kata Mohd Noordin.

Dalam pada itu beliau berkata tempahan tiket ETS bagi perjalanan Kuala Lumpur-Padang Besar sehingga akhir bulan ini hampir penuh.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");