Sukan Hari Ini

Aguero Ledak Lima Gol Dalam Tempoh 20 Minit

SERGIO Aguero melakar rekod baharu Liga Perdana Inggeris apabila meledak lima gol dalam tempoh 20 minit ketika aksi kemenangan Manchester City 6-1 ke atas Newcastle City di Stadium Etihad, Sabtu malam.

Aguero sebelum itu gagal mencari sebarang gol sehinggalah tiga minit sebelum separuh masa tamat dia menyamakan kedudukan 1-1 dengan pasukan pelawat.

Selepas lima minit babak kedua bermula, Aguero beraksi pantas dengan melakukan hatrik (m-42, 49’ ,50’).

Aksi City bertambah rancak apabila Kevin De Bruyne menambah gol keempat pada minit ke-53.

Selang tujung minit selepas itu, Aguero menambah jaringan kelima pasukannya sebelum mencatat gol kelima peribadinya pada minit ke-62 sekaligus menyamai rekod lima gol aksi liga perdana yang dilakukan Dimitar Berbatov, Jermain Defoe, Andy Cole dan Alan Shearer sebelum ini.

Defoe memegang rekod terpantas menjaringkan lima gol dalam tempoh 36 minit ketika beraksi bersama Tottenham Hotspur menentang Wigan 2009.

Tiga minit selepas menjaringkan gol kelima , Aguero dipanggil keluar oleh Manuel Pellegrini dan digantikan dengan Wilfried Bony.

Selain itu, gol tunggal Newcastle dijaringkan oleh Aleksandar Mitrovic pada minit ke-18 permainan.

Kemenangan tersebut menyaksikan City kembali menguasai kedudukan liga perdana dengan kelebihan dua mata (18) ke atas Manchester United sebelum skuad Louis van Gaal itu bertandang ke Arsenal Ahad malam.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");