Membawang Hari Ini

Amyra Rosli terus berahsia?

PELAKON cantik ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni tempatan. Meskipun masih baharu namun figura berusia 24 tahun ini telah berjaya menempa tempat di hati peminat.

Mengakui popularitinya semakin berkembang, empunya nama Nur Amira Izzati Rosli ini memberitahu, dia bersyukur dengan perjalanan hidupnya sebagai anak seni kini.

Lebih dikenali sebagai Amyra Rosli, katanya, bagaimana pun dia tidak dapat lari daripada segala gosip mahu pun kontroversi yang sering menghimpit dirinya.
“Sudah lumrah berada dalam industri ini apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi perhatian.

“Tetapi, saya perlu bijak mengatur langkah supaya apa yang dilakukan tidak mendatangkan masalah kepada diri sendiri,” katanya.

Kerana itu, akui Amyra hubungan baiknya dengan pelakon Amar Baharin juga sering di salah tafsir.

“Memang saya sangat rapat dengan dia. Sementelah kami di bawah pengurusan sama. Adakala, tawaran berlakon akan datang sekali dan kami bersetuju untuk melakonkannya bersama.

“Mungkin mudah bagi pihak sebelah lagi menawarkan kerja tersebut kerana melihat keserasian kami,” katanya.

Mengulas mengenai percutian bersama Amar di sebuah destinasi popular tempatan baru-baru ini, kata Amyra memang mereka bercuti bersama.

“Sebenarnya pada hari raya Aidiladha tersebut, kami mempunyai cuti selama tiga hari. Kebetulan kami sudah lama tidak bercuti dan fokus kepada kerja sahaja.

“Oleh kerana masa agak singkat, saya cadangkan kami Port Dickson sahaja, jadi percutian tersebut adalah bersama kedua buah keluarga,” katanya.

Di tanya mengenai kemesraan yang terpamer ketika percutian itu, jelas bintang Cik Bunga Encik Sombong ini, dia memang begitu bersama Amar.

“Saya memang rapat dengan dia, lagi pun kami sudah seperti adik-beradik. Kalau saya nak sorok takkanlah saya berani bermesra dengannya di hadapan orang awam,” katanya.

Kenali hati budi

Dalam pada itu, Amyra memberitahu, dia tidak menolak jodoh sekiranya mereka ditakdirkan bersama.

“Saya sendiri masih muda dan pengalaman lalu banyak mengajar saya menjadi lebih matang.

“Untuk bercakap soal jodoh, memang masih jauh. Biarlah saya mencari seorang yang betul-betul sesuai kali ini. Malah jika dikatakan saya dan Amar dalam proses mengenali hati budi pun tidak salah, kerana persahabatan saya dan dia membuatkan kami tahu siapa diri masing-masing,” katanya.

Berbicara mempunyai hubungan serius dengan seorang artis, Amyra juga tidak kisah walau pun pernah mempunyai peristiwa pahit dengan seorang pelakon.

“Dengan siapa saya bercinta atau berkahwin, bukan menjadi hal besar jika dia juga seorang artis atau selebriti.

“Selagi dia mampu menjaga saya dengan baik, itu sudah cukup,” katanya Amar mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Berkongsi perkembangan terbarunya, selain sibuk dengan pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya (IB), Amyra juga bakal muncul dengan sebuah drama terbaru berjudul Dhia Sofea.

“Setakat ini memang saya berikan fokus sepenuhnya kepada pementasan teater itu, walaupun babaknya tidak banyak, tetapi kerana rindukan teater, saya menerima cabaran berlakon di pentas IB.

“Lagi pun, ia sebuah karya hebat Allahyarham Prof. Hamka,” katanya menjadi Khadijah menerusi teater itu.

Pada masa sama, Amyra turut menjadi teraju utama menerusi Dhia Sofea.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");