Jenayah

APMM pintas cubaan rompak kapal

Johor Bahru: Kapal MT Almi Spirit dipintas oleh aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor awal pagi tadi selepas cuba ditawan oleh enam perompak.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, MT Almi Spirit sebelum kejadian dinaiki enam perompak di Selat Singapura.

“ALMI SPIRIT dinaiki enam perompak di Selat Singapura 7am tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor,” katanya menerusi laman Twitter miliknya.

Menurut APMM Wilayah Selatan, sidang akhbar berkenaan kejadian itu akan diadakan 1.30 petang ini di Pejabat APMM Wilayah Selatan, di sini, oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Baharu Kepten Maritim Aminuddin Abd Rashid.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");