Sukan Hari Ini

Aura Henderson

London: Digelar ‘binatang sebenar’ oleh ketua pasukan Paul O’Connell, bintang Ireland Iain Henderson membuktikan kehebatannya ketika beraksi di Piala Dunia dan kehadirannya menambah kekuatan pasukan hingga mampu dilabel pencabar kejohanan.

Pemain berusia 23 tahun itu yang kini selesa beraksi di bahagian sayap dan mula disenaraikan dalam skuad kebangsaan enam minggu lalu, bukan hanya berjaya membuktikan kemampuannya malah menjadi antara pemain kesayangan Joe Schmidt.

Pemain bertubuh besar itu cukup agresif di bahagian depan dan dia menghasilkan try ketika kemenangan Ireland ke atas Kanada pada perlawanan pembukaan. Kekuatan fizikalnya menjadi kelebihan sewaktu membantu pertahanan dan dia anggap pemain terbaik perlawanan menentang Itali, Ahad lalu.

Walaupun mempamer aksi membanggakan di Piala Dunia, Henderson masih gagal menghentikan tabiat semula jadinya.

“Hanya beberapa perkara kecil saja sudah mampu membuatkan saya terjaga pada waktu malam tetapi sukar untuk membangunkan saya apabila tidur di siang hari,” kata Henderson.

“Saya suka tidur. Paul (O’Connell) selalu merungut mengenai banyak masa yang saya ambil untuk tidur di siang hari.

“Untuk menyenangkan hati Joe dan bagi memastikan sedia untuk bermain, saya terpaksa mengunci jam loceng.”

Selepas mempamer aksi membanggakan terutamanya ketika perlawanan pemanas badan Piala Dunia menentang Wales, Henderson pantas dikenali ramai sekali gus menenggelamkan nama Devon Toner yang muncul wira Ireland ketika kejayaan Enam Negara baru-baru ini.

Henderson percaya Schmidt tiada alasan untuk tidak menyenaraikan namanya dalam skuad utama sebelum ini kerana Toner sentiasa beraksi cemerlang dan jarang mengecewakan.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");